Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Sebagai acara tahunan bagi mengalu-alukan kedatangan Tahun Baru Cina, Telekom Brunei Berhad (TelBru) hari ini mengadakan persediaan perayaan bersama pelanggan Citis Square termasuk mengagihkan sampul merah dan cookies dalam satu majlis yang menandakan bermulanya kempen Tahun Baru Cina TelBru di kesemua empat daerah.
Sebanyak 3,000 cookies dan ratusan sampul merah sedia untuk diagihkan kepada pelanggan yang melakukan transaksi di Kaunter TelBru di semua cawangan TelBru, sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka kepada TelBru.
Ketua Pegawai Pemasaran TelBru, Lim Ming Soon turut hadir bagi mengagihkan barangan TelBru kepada pelanggan-pelanggan mereka hari ini.
