Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persediaan Peperiksaan AS & A Level Mei/Jun 2021

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), telah mengadakan majlis solat Hajat dan bacaan Surah Yasin bagi pelajar-pelajar menengah 6 atas tahun 20/21 yang akan menduduki Peperiksaan AS & A Level Mei/Jun 2021, kelmarin.

    Majlis itu dianjurkan oleh pihak pentadbiran Maktab Duli di mana selepas majlis berkenaan, pelajar-pelajar menengah 6 atas diberikan taklimat mengenai peperiksaan AS & A Level 2021 yang akan diadakan bermula pada hujung April.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Maktab Duli, di sini, majlis berkenaan diadakan di Surau Asrama Lelaki dan Surau Asrama Perempuan, Maktab Duli. Pemangku Pengetua Maktab Duli, Hajah Monaliza binti Haji Abdul Halim menyertai majlis bersama pelajar-pelajar perempuan manakala Timbalan Pengetua Akademik, Dr Mohd Zamri bin Haji Ismail dengan pasukan pentadbiran lelaki menyertai majlis di asrama lelaki.

    Majlis solat di asrama lelaki dipimpin oleh Syed Mohsen bin Syed Abdul Rahman AlKaff dan di asrama perempuan ia dipimpin oleh bekas ahli Majlis Perwakilan Pelajar 20/21, Dayang Niswah Zinnirah binti Dr Haji Shohibuddin.

    Selepas majlis berkenaan, kesemua pelajar menengah 6 atas menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh Bahagian Akademik dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar di Dewan Kuliah 11 dan 12, Maktab Duli.

    Kakitangan dan pelajar Maktab Duli mengadakan solat sunat Hajat di asrama lelaki.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda