Saturday, January 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persekitaran kawasan tinggi Everest dipenuhi longgokan sampah

    SETELAH beberapa dekad aktiviti pendakian bukit secara komersial di Gunung Everest, kini persekitaran gunung yang tinggi itu dipenuhi dengan sampah, justeru, meningkatkan lagi bilangan pendaki yang tidak menumpukan perhatian terhadap kesan peninggalan yang mereka tinggalkan selepas selesai melakukan aktiviti pendakian gunung tertinggi dunia itu.

    Khemah pendarfluor, kelengkapan perkakas mendaki, tong gas yang kosong dan sisa buangan najis manusia memenuhi kawasan perjalanan menuju ke puncak gunung iaitu di sekitar kawasan ketinggian 8,848 meter dari paras laut.

    “Ia sangat menjijikkan dan memedihkan mata,” kata Pemba Dorje Sherpa, yang mana telah mendaki gunung itu sebanyak 18 kali kepada media AFP. “Gunung ini telah membawa ratusan ton sisa buangan dan sampah sarap,” tambahnya lagi kepada media.

    Sebaik sahaja bilangan pendaki semakin meningkat, sekurang-kurangnya 600 individu telah berjaya mendaki puncak gunung tertinggi dunia itu pada tahun ini namun masalah mengenai sampah semakin teruk.

    Selain itu, keadaan glasier yang semakin mencair disebabkan oleh pemanasan global menyebabkan pendedahan kepada longgokan sampah yang terkumpul di kawasan gunung itu semenjak Edmund Hillary dan Tenzing Norgay, berjaya menakluki puncak gunung itu pada 65 tahun yang lalu.

    Khemah pendarflour, kelengkapan pekakas mendaki, tong gas kosong dan sisa buangan najis manusia memenuhi kawasan perjalanan menuju ke puncak Everest. – AFP

    Pelbagai usaha telah giat dijalankan. Lima tahun yang lalu, kerajaan Nepal telah mengenakan undang-undang baharu di mana setiap pendaki dikehendaki membayar AS$4,000 setiap kumpulan untuk bayaran sampah dan duit itu boleh dikembalikan, jika kumpulan pendaki itu membawa turun sampah-sampah mereka iaitu sekurang-kurangnya lapan kilogram sampah.

    Manakala di kawasan bersebelahan, Tibet, di kawasan pergunungan Himalaya, kumpulan pendaki dikehendaki membawa turun sebilangan sampah-sampah mereka dan didenda AS$100 setiap satu kilogram jika mereka tidak melakukannya.

    Pada tahun 2017, beberapa orang pendaki dari Nepal telah membawa turun sekitar 25 ton sampah dan 15 ton sisa buangan najis manusia, iaitu bersamaan dengan tiga tingkat bas bertingkat, menurut komiti Sagarmatha Pollution control (SPCC).

    Pada musim ini, lebih banyak sampah dibawa turun namun ini hanya sisa sampah yang dibuang pada tahun sebelumnya, dan hanya separuh daripada pendaki telah berinisiatif hanya membawa barang yang diperlukan, jelas pihak SPCC lagi.

    Kebanyakan pendaki memilih untuk menolak pembayaran deposit itu, membuang ke dalam laut berbanding denda sebanyak AS$20,000 kepada AS$100,000 yang dikenakan kepada mereka jika didapati melakukan kesalahan itu lagi. Namun kebanyakan pendaki seperti tidak mengendahkan situasi itu. Berikutan dengan situasi itu, sesetengah pihak rasmi telah menerima rasuah kecil yang telah mengaburi mata mereka, tambahnya lagi.

    “Disebabkan oleh kekurangan pengawasan di kawasan perkhemahan di altitud tinggi bagi memastikan kawasan gunung itu sentiasa dalam keadaan bersih,” tambahnya lagi kepada media.

    Tidak berpengalaman

    Industri Everest telah mengalami satu perkembangan yang hebat sejak dua dekad yang lalu. Perkara itu telah mencetuskan satu kebimbangan berikutan kepadatan pendaki, begitu juga dengan kekhuatiran terhadap pendaki-pendaki yang tidak berpengalaman yang mana telah dibawa oleh operasi terdesak ekspedisi bayaran rendah untuk para pelanggan.

    “Berikutan dengan peningkatan kumpulan pendakian yang tidak berpengalaman itu, meningkatkan lagi kadar pembuangan sampah,” Damian Benegas memberikan amaran yang mana telah mendaki Gunung Everest semenjak dua dekad lalu bersama abang kembarnya, Willie.

    Sebaik sahaja bilangan pendaki semakin meningkat, sekurang-kurangnya 600 individu telah berjaya mendaki puncak gunung tertinggi dunia itu tahun ini, namun masalah sampah semakin teruk. – AFP

    Selain itu, Sherpas, jurupandu pendakian di altitut tinggi terdiri dalam kalangan penduduk asli tempatan, membawa perkakas-perkakas yang berat, tong gas dan tali-tali untuk kegunaan pendakian serta kegunaan untuk turun.

    Sebelum ini, kebanyakan pendaki membawa perkakas peribadi mereka sendiri seperti pakaian ekstra, makanan dan bag tidur serta bekalan oksigen. Akan tetapi, kebanyakan pendaki tidak berupaya dan bertenaga, menyebabkan Sherpa terpaksa membawa semuanya.

    “Mereka terpaksa membawa kelengkapan perkakas pelanggan, lantaran itu, tidak berupaya untuk membawa sisa-sisa sampah,” kata Benegas lagi.

    Dia turut menambah bahawa operasi itu memerlukan pekerja yang lebih banyak khususnya pekerja di kawasan altitut yang tinggi bagi memastikan pelanggan mereka untuk membawa kelengkapan, sisa sampah naik dan turun dari gunung tersebut.

    Kumbahan mentah

    Aktivis alam sekitar berasa bimbang dan khuatir akan pencemaran yang berlaku di gunung tersebut yang mana memberi kesan kepada sumber air yang mengalir turun ke kawasan desa.

    Setakat ini, kumbahan mentah dari kem perkhemahan itu telah mengalir turun ke kampung bersebelahan, satu jam perjalanan dan dibuang ke dalam longkang parit.

    “Lantaran itu, situasi itu menyebabkan kawasan kaki gunung bertukar menjadi sungai semasa berlakunya musim monsun,” kata Garry Porter, jurutera dari Amerika Syarikat yang mengutarakan beberapa idea bagaimana untuk menangani masalah itu.

    Garry bersama dengan kumpulannya telah memasang agro biogas berdekatan kem perkhemahan Everest yang mana dapat mengitar semula sisa najis manusia menjadi baja.

    Selain itu, beberapa solusi yang lain, Ang Tsering Sherpa, bekas presiden Persatuan Pendakian Gunung Nepal, telah menubuhkan satu kumpulan pengutipan sampah.

    Kumpulan itu telah berjaya menjalankan projek ‘Eco Everest Ekspedisi’ setelah beberapa dekad, dan telah membawa sekitar 18 ton sampah sarap ketika itu.

    Sekarang, kumpulan itu hanya mampu membawa lapan kilo sampah setiap pendaki.

    Pada bulan lepas, seramai 30 orang pendaki yang terdiri daripada kumpulan pembersihan sampah telah membawa sekitar 8.5 ton sampah dari kawasan pinggir utara gunung tersebut, laporan dari Global Times, China. “Ia bukanlah satu tugasan yang mudah. Pihak kerajaan sentiasa memotivasikan kumpulan itu untuk melakukan proses pembersihan dan mengenakan lagi undang-undang yang lebih ketat,” tambah Ang lagi kepada media. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda