Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Persekitaran tanpa halangan, agenda besar Paralimpik 2022

    BEIJING, 10 JAN – Persiapan bagi Sukan Paralimpik Musim Sejuk 2022 Beijing kini giat dijalankan demi memastikannya setaraf Sukan Olimpik, serta menambah baik persekitaran agar lebih mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).

    Pengarah bagi Sukan Paralimpik Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 (BOCOG), Yang Jinkui berkata, pihaknya sedang menjalankan ujian terhadap kemudahan serta perkhidmatan di perkampungan Olimpik agar para peserta dan pegawai pengiring menikmati perkhidmatan berkualiti tinggi.

    Jelasnya, temasya itu dilihat berjaya menggalakkan pembangunan sukan OKU musim sejuk apabila jumlah atlet Sukan Paralimpik di China meningkat dari sekitar 50 penyertaan kepada 974 penyertaan.

    Tambah beliau, selain mempunyai pegawai teknikal seramai 135 orang, acara temasya sukan itu juga telah bertambah daripada dua acara utama kepada enam acara utama.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...