Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Persekutuan judo Brunei adakan AGM

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Dua anggota kanan dari Persekutuan Judo Kebangsaan Brunei Darussalam (BDNJF) telah menaik taraf sistem ranking baharu semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-3 yang diadakan baru-baru ini di Dewan Kuliah Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

    Naib Presiden (Pentadbiran), Chong Chee Kiong telah dianugerahkan dan ke-3 manakala Naib Presiden (Teknikal), Muhd ​​Ali-Rashid bin Haji Mohd Alipah telah dianugerahkan dan ke-2 sebagai mengiktiraf sumbangan mereka dalam melatih dan mempromosikan judo di Negara Brunei Darussalam.

    Hadir bagi menyampaikan sijil kepada penerima ialah Presiden BDNJF, Haji Abdul Malik bin Haji Mohamad.

    Beliau dalam ucapan perasmiannya menekankan agar tumpuan harus diberikan untuk bergerak ke hadapan dan mula membuat perancangan aktiviti mulai sekarang bagi tempoh dua hingga lima tahun dan seterusnya, memandangkan fasa endemik sudah bermula.

    Dalam pada itu, beliau juga menyeru para ahli untuk menyumbangkan idea bagi membangunkan persekutuan, sambil menambah bahawa mesyuarat itu adalah yang pertama diadakan secara bersemuka pada tahun ini.

    Mesyuarat tersebut turut diselajurkan dengan laporan yang disampaikan oleh Setiausaha Agung, Shenna Wong dan turut memperkenalkan Penolong Setiausaha Agung, Mohd Noh bin Dato Paduka Haji Matassan.

    Persekutuan tersebut juga mengetengahkan aktiviti yang pernah dilaksanakan termasuk Seminar Kodo-mo-no Kata dalam talian yang disertai oleh ahli terpilih pada 28 Oktober 2021 dan Seminar Judo Antarabangsa Kodokan (kejurulatihan) dalam talian 2021.

    Mesyuarat turut merancang senarai aktiviti termasuk menganjurkan kejohanan dalaman, kejohanan antara kelab, kursus pertolongan cemas dalaman, latihan penolong kejurulatihan, peperiksaan penggredan kyu dan latihan pertandingan pada minggu-minggu akan datang.

    Hal lain yang juga diketengahkan dalam mesyuarat tersebut termasuklah pembentangan laporan yang disampaikan oleh Bendahari, Pengiran Muhd ​​Fauzisalihin bin Pengiran Salleh serta laporan ringkasan kelab oleh ketua Judo Sekolah Sukan Brunei Darussalam (SSBN) Judo dan ketua Kelab Judo Sungai Kebun.

    Muhd ​​Ali-Rashid (kanan) dianugerahkan dan ke-2 atas sumbangannya dalam melatih dan mempromosikan judo di Negara Brunei Darussalam. – Gambar serahan BDNJF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...