Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Bagi membincangkan mengenai prestasi, pencapaian, laporan kewangan dan aktiviti lain yang berkaitan, Persekutuan Wushu Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya di Pangsapuri Perkhidmatan D ‘Anggerik, baru-baru ini.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Persekutuan Wushu Negara Brunei Darussalam, Lim Boon Hwa dan dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa persekutuan, ketua jurulatih, Li Hui dan atlet-atlet wushu negara.
Mesyuarat turut memfokuskan pada pemilihan Jawatankuasa Pengurusan ke-5 di mana seramai 17 anggota baharu telah dipilih bagi tahun 2019-2022.
Selain itu, cadangan untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Junior Wushu Asia 2019, yang dianjurkan oleh Persekutuan Wushu Asia (WFA), juga dibangkitkan pada mesyuarat itu.
Keputusan akhir akan diumumkan oleh WFA semasa Kongres ke-17 WFA yang akan diadakan di Jakarta.

