Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Persembahan keagamaan meriahkan Hari Keputeraan

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Dalam sama-sama menyemarakkan dan memeriahkan lagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun, satu persembahan bercorak keagamaan di pentas perayaan, kawasan lapang berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja telah diadakan hari ini.

    Persembahan tersebut diungkayahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Daerah Brunei dan Muara serta kumpulan belia masjid.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada malam tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Antara tujuan persembahan ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kekeluargaan antara ahli jawatankuasa takmir masjid dan kumpulan belia masjid dengan masyarakat serta menanai sikap patriotik dalam bernegara.

    Di samping itu, ia juga bagi memberikan peluang kepada peserta kalangan ahli jawatankuasa takmir dan kumpulan belia untuk berani tampil di khalayak ramai dengan perkara yang kebajikan. 

    Persembahan ini juga memberi peluang kepada para peserta persembahan untuk menunjukkan bakat dalam bidang keagamaan dan kemasyarakatan serta bergiat aktif dalam bidang kebajikan.

    Persembahan telah diisikan termasuk tausyeh, nasyid, rawi, hadrah, drama pendek, forum, kuiz dan sebagainya.

    Haji Mohd Serudin hadir bersama tetamu lain pada persembahan di pentas perayaan, kawasan lapang berhadapan Muzium Alat Kebesaran Diraja, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...