Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Persembahan khas Gerai Perayaan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 18 JULAI – Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76, komuniti Tiong Hua Daerah Belait telah menganjurkan persembahan khas di gerai perayaan yang bertempat di Gerai Tudung Saji, Kuala Belait, malam kelmarin.

    Acara yang dianjurkan dengan kerjasama Sekolah Menengah Chung Hua, Kuala Belait itu menyaksikan para pelajar dalam kostum berwarna-warni mendendangkan lagu, tarian
    dan persembahan budaya, termasuk Tarian Singa, persembahan wusyu dan taici.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara berkenaan ialah Penolong Pegawai Daerah Belait, Awang Mohamad Abdul Hadi bin Haji Mohd Syarifuddin. Beliau dialu-alu oleh pengerusi persembahan, Loo Soon Nin dan naib pengerusi, Raymond Hong.

    Dalam ucapan, Raymond Hong merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan acara tersebut dan beliau berharap persembahan akan menghiburkan pengunjung serta memeriahkan lagi suasana gerai perayaan.

    Acara diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat oleh Loo Soon Nin.

    Selain persembahan daripada pelajar Sekolah Menengah Chung Hua, pertunjukan pentas akan diteruskan setiap malam oleh persatuan dan kumpulan dari Daerah Belait sehingga 31 Julai nanti.

    Antara persembahan anjuran komuniti Tiong Hua di gerai perayaan, Gerai Tudung Saji, Kuala Belait, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...