Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Persembahan khas tampil permuafakatan masyarakat

    Oleh Nurdiyanah R & Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Persembahan khas dalam Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara di ibu negara, hari ini, telah memperlihatkan gabungan generasi muda seawal usia tujuh tahun hinggalah ke generasi veteran.

    Dengan penglibatan semua peringkat umur ini jelas menunjukkan permuafakatan
    yang sedia terjalin dan membawa kepada keharmonian, keamanan dan kesejahteraan negara.

    Inilah berkat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sering menjadi perhatian rakyat jelata.

    Dayang Noraqilah Bazilah binti Mohd Daud selaku ketua koreografer persembahan pentas bagi majlis yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, menyatakan bahawa secara keseluruhannya lebih 400 orang peserta terlibat dalam persembahan berkenaan termasuk kumpulan pelajar pembawa bunga manggar.

    Dengan penglibatan semua peringkat usia daripada golongan warga emas, dewasa, remaja sehingga kanak-kanak dalam persembahan khas berkenaan jelas membuktikan semangat ketulusan mereka berhimpun bagi sama-sama menjunjung keberangkatan Baginda Sultan dan kerabat yang lain itu dengan sambutan penuh kesyukuran, jelasnya.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama peserta yang membuat persembahan.
    Antara persembahan yang dipersembahkan semasa majlis ramah mesra di Daerah Brunei dan Muara, kelmarin.

    Menurut beliau, meski pun jumlah peserta tidak sebanyak tahun lepas namun keistimewaan corak persembahan pada tahun ini cukup dirasai apabila terdapatnya pembaharuan segmen dari tahun-tahun sebelumnya iaitu gabungan sketsa lakonan diserikan dengan persembahan seni nyanyian dan tarian.

    Mengulas lanjut mengenai persembahan khas berkenaan, beliau berkata, ia dibahagikan tiga segmen iaitu sketsa pembukaan yang mengisahkan mengenai persiapan dan latihan persembahan bagi majlis ramah mesra yang dilakonkan oleh pelakon tanah air.

    Manakala untuk segmen kedua pula menunjukkan semangat peserta untuk menjayakan persembahan khas bagi daerah ini melalui persembahan nyanyian dan tarian.

    Sementara segmen ketiga pula mempersembahkan nyanyian bertema 60an dan lagu ‘Kepimpinan Bijaksana’.

    Selain melibatkan pelakon dan penyanyi tanah air, persembahan berkenaan turut dijayakan dengan penglibatan penuntut dari Sekolah Menengah Rimba I, Sekolah Menengah Sayyiddina Umar Al-Khattab, Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien dan penari Gentara Begawan Belia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...