Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Persembahan wayang kulit perkenal destinasi pelancongan

    BANGKOK, 11 SEPT – Ratusan penghibur dan pengunjung berkumpul malam kelmarin di persembahan wayang kulit di tengah Thailand, meskipun persembahan ditangguh beberapa kali disebabkan hujan lebat.

    Acara, yang berlangsung tiga hari itu berakhir hari ini, diadakan untuk mempamerkan seni wayang kulit tradisional menerusi pelbagai siri aktiviti, persembahan dan seminar, dan juga untuk mempromosikan wilayah Phetchaburi sebagai sebuah destinasi pelancongan.

    Majlis perasmiannya telah diadakan malam kelmarin di Taman Peringatan Raja Mongkut dengan perarakan, pameran wayang kulit dan berbagai-bagai persembahan wayang kulit.

    Artis-artis dari Thailand, Malaysia, India dan negara-negara lain diundang untuk mempamerkan persembahan unik mereka pada acara tersebut.

    Persembahan wayang kulit tradisi Thailand, yang dikenali sebagai Nang Yai, antara yang mendapat perhatian pengunjung. Berbeza dengan wayang kulit yang lain, penghibur Nang Yai tidak berselindung dan boleh dilihat bersama wayang kulit mereka di atas pentas, mereka juga turut menari untuk menghidupkan lagi penceritaan dan mempunyai latar belakang muzik yang dimainkan secara langsung.

    Sama seperti kebanyakan seni kuno lain, wayang kulit di Thailand terancam dengan kepupusan ditelan zaman. Kerajaan tempatan berharap untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk mendekati seni ini menerusi perayaan aktiviti kebudayaan dan bengkel. – Xinhua

    Persembahan wayang kulit daripada penuntut Sekolah Rendah Nangu, China. Ratusan penghibur dan pengunjung berkumpul di persembahan wayang kulit di tengah Thailand, baru-baru ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...