Persiap diri hadapi kematian

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Tiap yang bernyawa pasti akan mati dan tidak seorang pun daripada kita tahu bila ia terjadi kerana ia adalah ketentuan Allah SWT, hanya diketahuiNya. Namun apabila sampai waktunya dan ketika ajal seseorang, mati itu tidak akan dipercepatkan atau diperlambatkan walau sesaat pun dan manusia perlu ingat, ajal akan menjemput bila-bila masa tanpa mengira seorang itu miskin, lemah, sakit dan tua malah orang kaya, kuat, sihat dan muda pun tidak akan terlepas daripada maut.
Khatib dalam khutbah Jumaat hari ini menekankan soal kematian berkisarkan Keutamaan Mengingati Mati.

 (Klik di sini untuk cerita lanjut)