Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Persiapan mengerjakan umrah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Sebagai persediaan bagi mengerjakan umrah, Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB) telah mengadakan taklimat untuk dua kumpulan yang akan menunaikan umrah pada Oktober ini.

    Taklimat telah diadakan di Dewan Mahligai, Airport Mall, Berakas, hari ini, di mana sesi taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar Jabatan Haji dan Umrah, Pengiran Haji Ibarahim bin Pengiran Haji Bakar. Pada sesi taklimat itu, jemah-jemaah umrah diterangkan mengenai apa yang diharapkan semasa perjalanan dan pengurusan mereka.

    Pegawai Agama Jabatan Haji dan Umrah, Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Rahman turut menyampaikan tazkirah penghayatan umrah dan menerangkan kaedah-kaedah berkaitan umrah.

    Dalam tazkirah beliau antara lain mengingatkan jemaah umrah tentang faedah dan rahmat yang dikurniakan kepada mereka semasa mengerjakan umrah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...