Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Persiapan menjelang peperiksaan PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Seramai 72 orang pelajar Tahun 6 yang mengikuti Program Curahan Ilmu telah menghadiri majlis membaca Surah Yasin dan diteruskan dengan ceramah motivasi sebagai persiapan menjelang peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) yang hanya tinggal beberapa minggu saja lagi.

    Turut hadir pada majlis yang diadakan di Sekolah Rendah Dato Mohd Yassin, Mentiri itu ialah Pemangku Ketua Kampung Kawasan 4 dan 5 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor, Haji Hairul Azri bin Haji Salamat bersama ibu bapa dan penjaga murid-murid Program Curahan Ilmu.

    Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor yang antara lain menggariskan, kepentingan untuk mendapatkan keredaan daripada kedua orang tua, selain menunaikan kewajipan seperti menunaikan sembahyang lima waktu, bersedekah dan pentingnya sikap hormat-menghormati.

    Majlis bertujuan untuk mendidik para pelajar agar sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah SWT dalam setiap usaha bagi memperoleh keberkatan.

    Program Curahan Ilmu merupakan kelas tuisyen percuma yang dikendalikan oleh Biro Kemasyarakatan dan Perhubungan, Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Kampung Panchor, Mengkubau.

    Seramai 12 orang guru terlibat dalam mengajar mata pelajaran Mathematics, Bahasa Melayu, Pengetahuan Ugama Islam, Sains dan Melayu Islam Beraja dalam program itu.

    Para pelajar dan ibu bapa mereka mendengarkan ceramah motivasi selepas majlis membaca Surah Yasin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...