Persiapan Pasukan Indera SC sebelum musim kembali

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Pengurusan Pasukan Indera SC (ISC) mengadakan mesyuarat bagi memastikan persiapan kelab sebagai langkah awal pasukan itu sebelum kembali ke kancah Liga Super Brunei (BSL).

Mesyuarat yang berlangsung hari ini di Pejabat ISC, Jerudong di pengerusikan oleh Pengurus AM Kelab ISC, Awang Rosdin Haji Abdul Aziz yang telah memberigakan maklumat mengenai kejohanan selepas penangguhannya akibat COVID-19 bagi musim 2020 di samping mengongsikan protokol dan SOP sepanjang liga itu berlangsung nanti.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Presiden ISC, Pengiran Anak Haji Mohammad Yassin bin Pengiran Anak Safiuddin, ketua jurulatih ISC, ketua pembangunan belia ISC dan pegawai kewangan ISC.

Awang Rosdin pada mesyuarat itu turut menjelaskan, penularan wabak COVID-19 turut memberi kesan yang amat ketara kepada kelab dalam pelbagai aspek.

Ke arah ini, ISC akan membuat perancangan dan usaha berterusan bagi memastikan perjalanan kelab ini sentiasa dalam landasan yang betul.

Dalam pada yang sama, pihak pengurusan juga mengadakan perbincangan bersama ketua jurulatih terutama saling bertukar fikiran dan idea bagi memastikan hal ehwal kebajikan pemain, pegawai dan kakitangan kelab supaya sentiasa dapat dijaga dengan baik.

Liga BSL setakat ini masih dihentikan sementara dan menunggu lampu hijau daripada pihak kerajaan sebelum kejohanan itu dapat disambung semula.

Aksi Cristiano Ronaldo ketika rembatan penalti di perlawanan Serie A menentang Sampdoria semalam Stadium Allianz Turin , Itali. – AP