Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persiapan Piala Dunia berjalan ‘seperti biasa’

    DOHA, 13 Jun – Persiapan Piala Dunia Qatar berjalan ‘seperti biasa’ dan para penganjur tetap yakin bahawa tempoh akhir pembinaan stadium akan ditepati, menurut sumber rapat dengan kejohanan 2022 itu kepada AFP.

    Meskipun negara itu berada di tengah-tengah krisis diplomatik yang menyaksikan Qatar telah diputuskan hubungan dari segi politik dan ekonomi, oleh negara-negara jiran Teluk, namun para penganjur tidak bimbang, menurut sumber.

    Sejak krisis itu meletus seminggu yang lalu, banyak persoalan telah timbul mengenai kesanggupan dan kemapanan Qatar untuk menghoskan kejohanan 2022 itu.

    Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrin dan yang lain menuduh Qatar menyokong kumpulan-kumpulan ekstremis, satu dakwaan yang dinafikan Doha.

    Akibatnya, negara-negara itu dan sekutu-sekutunya telah memutuskan laluan pengangkutan ke Qatar, menutup satu-satunya sempadan darat dan udara serta menolak peluangnya untuk mengangkut kargo menggunakan kapal melalui UAE.

    Gambar fail pada 6 Januari 2011 menunjukkan Bandar Doha, Qatar. Penganjur Piala Dunia di Qatar menegaskan bahawa persiapan Piala Dunia berjalan dengan lancar meskipun kini negara itu menghadapi krisis politik dengan negara-negara jirannya. – AP
    Gambar fail pada 6 Januari 2011 menunjukkan Bandar Doha, Qatar. Penganjur Piala Dunia di Qatar menegaskan bahawa persiapan Piala Dunia berjalan dengan lancar meskipun kini negara itu menghadapi krisis politik dengan negara-negara jirannya. – AP

    Penutupan sempadan, di mana Qatar berkongsi dengan Arab Saudi, dilihat sangat signifikan, mengancam pengimportan barangan yang diperlukan Qatar untuk menyiapkan projek infrastruktur yang bernilai lebih AS$200 bilion menjelang 2022.

    Seorang pengurus pembinaan memberitahu bahawa mereka hanya mempunyai barangan yang cukup untuk dua minggu lagi, tetapi menteri-menteri kerajaan Qatar mendakwa industri pembinaan negara itu mampu selamat sehingga setahun di bawah keadaan kini.

    Awal tahun itu, Qatar telah mendedahkan bahawa ia telah membelanjakan hampir AS$500 juta setiap minggu bagi kejohanan terbesar bola sepak itu.

    Qatar kini dalam proses membina dan memajukan lapan buat stadium bagi Piala Dunia itu.

    FIFA masih mempertimbangkan sama ada venue kesembilan diperlukan bagi kejohanan itu, yang akan berlangsung pada bulan November/Disember 2022. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda