Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persiapan Rusia menjelang Piala Dunia

    MOSCOW, 12 Jun – Meskipun kebimbangan mengenai keselamatan dan penangguhan pembinaan di beberapa buah stadium, Rusia kelihatannya masih dalam laluan betul setahun sebelum sepak mula Piala Dunia Jun 2018.

    Terdapat beberapa skandal yang tidak diingini menyelubungi Piala Dunia pertama yang akan diadakan di Eropah Timur selepas pihak berkuasa Switzerland membuka satu siasatan kerana kemungkinan adanya rasuah dalam bidaan bagi kejohanan itu.

    Kemudian kebimbangan mengenai keganasan samseng mula timbul selepas sejumlah geng dari penyokong Rusia menjadi tajuk utama kerana mengganas di jalan-jalan raya Marseille di Euro 2016.

    Tetapi Presiden Vladimir Putin menyatakan Piala Dunia itu akan menjadi peluang terbaik untuk mengilap prestij Rusia selepas negara itu terjerumus dengan konflik dengan Barat terhadap Ukraine dan Syria.

    Dan pihak berkuasa menegaskan bahawa semua masalah dalam kawalan ketika mereka bersedia bagi percubaan dengan Kejohanan Piala Konfederasi, yang bermula di Saint Peterburg pada 17 Jun.

    Gambar fail pada 27 Februari 2017 menunjukkan bahagian dalam Stadium baru St. Petersburg, di Pulau Krestovky, St. Petersburg, Rusia. – AP
    Gambar fail pada 27 Februari 2017 menunjukkan bahagian dalam Stadium baru St. Petersburg, di Pulau Krestovky, St. Petersburg, Rusia. – AP

    Piala Dunia itu nanti akan menjadi kejohanan antarabangsa terbesar dihoskan Rusia sejak berbelanja besar bagi mengadakan Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi pada 2014.

    Setakat ini hanya empat daripada 12 stadium Piala Dunia, Saint Petersburg, Kazan, Sochi dan Otkrytie Arena di Moscow, sudah siap dan beroperasi bagi Piala Konfederasi.

    Beberapa sentuhan akhir juga dibuat terhadap stadium ikonik Luzhniki di Moscow, yang dijangka menghoskan acara pembukaan dan penutup Piala Dunia, dengan perlawanan cubaan dijadualkan pada musim luruh.

    Sementara kebanyakan pembinaan arena mengikut jadual yang telah ditetapkan, terdapat beberapa arena yang dihentam dengan skandal seperti penangguhan, rasuah dan keadaan buruh yang teruk. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda