Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    ‘Persiapkan diri hadapi cabaran’

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Seramai 29 pegawai perkhidmatan awam pengurusan pertengahan dari Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura menyertai Program Pembangunan Kepimpinan Brunei-Malaysia-Singapura (LDP) ke-13 yang berlangsung secara maya bermula kelmarin hingga 9 September.

    Menurut kenyataan daripada Institut Perkhidmatan Awam (IPA), hari ini, hadir pada majlis pembukaan program tesebut bagi pihak IPA ialah Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Awang Rusdi bin Haji Judin.

    Turut hadir ialah Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Malaysia, Datuk Dr Alauddin bin Sidal dan Dekan Civil Service College, Singapura, Ong Toon Hui. Ketiga-tiga yang hadir pada majlis itu turut menyampaikan kata alu-aluan masing-masing.

    LDP tiga hala tersebut akan dikendalikan selama lima hari dengan membawa tema, Resilience in a Changing World, di mana ia menyediakan peluang bagi para peserta dari ketiga-tiga buah negara untuk mempelajari dan membincangkan bagaimana kerajaan telah berubah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan serta krisis yang melibatkan isu-isu seperti perubahan iklim dan impak pasca pandemik COVID-19 dan juga untuk memenuhi keperluan sesebuah negara yang membangun.

    Program tahunan itu dilancarkan pada November 2009 dan LDP ke-13 menandakan kali kedua program berkenaan telah dikendalikan secara dalam talian.

    Program itu direka untuk menyediakan pandangan dalam Sistem Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura.

    Ia menumpukan kepada peluang kerjasama bagi ketiga-tiga buah negara untuk membincangkan isu-isu dua hala dan urus tadbir dalam persediaan untuk menjadi pemimpin yang dapat menghadapi cabaran-cabaran masa hadapan.

    Program itu juga dihasratkan untuk membangunkan pemimpin yang berkeupayaan bagi mengubah strategi menjadi tindakan serta mengukuhkan rangkaian individu dan memupuk kerjasama masa hadapan di antara ketiga-tiga buah negara.

    Awang Rusdi hadir pada majlis pembukaan LDP ke-13, yang berlangsung secara maya bermula 5 hingga 9 September ini. – Gambar serahan Institut Perkhidmatan Awam
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...