Persiapkan diri hadapi kematian

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Bagi menyemarakkan hari Jumaat yang penuh berkat, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) melalui Badan Ugama Islam telah menganjurkan kuliah Subuh yang diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya PDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, ACP Dato Paduka Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan serta anggota dan kakitangan PDB dan jemaah-jemaah surau polis.

Antara yang disentuh dalam kuliah Subuh yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Al-Minhaj Centre dan Da’ie Bertauliah, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak adalah mengenai kematian yang pasti akan menjemput setiap makhluk yang bernyawa dan bagi seorang Muslim, perlu mempersiapkan diri menghadapi kematian dengan beramal soleh serta menjaga solat.

Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bersama jemaah lain ketika menunaikan solat Subuh dan mendengarkan kuliah Subuh.