KEKECEWAAN peminat sekuel permainan video Prey yang dikeluarkan pada tahun 2006 keluaran 2K Games yang dibatalkan kini terubat apabila Bethesda Softworks mendapat hak untuk mencipta semula permainan video tersebut bersama dengan Arkane Studios.
Di samping judul yang sama, Prey juga menggunakan konsep yang serupa di mana protagonis diburu makhluk asing yang terperangkap dalam pangkalan makmal berlokasi di angkasa lepas.
Menurut Bethesda, ‘Prey’ diinspirasi daripada tiga filem iaitu Moon, Starship Troopers dan The Matrix di mana faktor tersebut setentunya akan menjadi pilihan kepada penggemar yang menampilkan elemen-elemen sci-fi itu.
Memburu dan diburu makhluk asing
Pada tahun 2032, kerajaan Amerika berjaya menangkap sekumpulan makhluk asing bernama Typhon lalu mengurungnya di Talos 1, sebuah stesen angkasa lepas untuk dijadikan sebagai bahan eksperimen.

Apabila Typhon terlepas dan membunuh hampir kesemua staf, protagonistMorgan Yu terpaksa mencungkil rahsia yang tersembunyi di stesen serta menyelamatkan diri daripada Typhon semakin menggila.
Ketika mahluk asing Typhon menyerang bumi, Amerika bekerjasama dengan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (KSSR) untuk menangkap makhluk itu dan mengurungnya di Talos 1.
Pemain boleh memilih Morgan Yu versi lelaki atau pertempuran serta beberapa rakan sekutu tertentu yang akan memberikan impak kepada elemen dan plot cerita. Morgan bekerja untuk TranStar Corporation.
Eksperimen ke atas Typhon bukan sahaja gagah malah makhluk itu terlepas dan berleluasa di Talos 1.
Beberapa tahun selepas Amerika menamatkan projek, syarikat TranStar Corporation berjaya mengambil alih Talos 1 dan menggunakan teknologi neuro-sains untuk mengawal Typhon.
TranStar telah membuat kajian ke atas Typhon dan berjaya menghasilkan Neuromods yang mampu mengubah struktur otak manusia serta memberikan kuasa super kepada pengguna TranStar menjual Neuromod di bumi dan mendapatkan keuntungan.
Malah TranStar juga telah berjaya mengembangkan Talos 1 dan membina tempat tinggal untuk kemudahan staf. Oleh itu ia nampak mewah dan selesa.
Kawalan bijak, tepati sasaran
Walaupun bukan menampilkan tema open world tetapi pemain bebas untuk ke mana sahaja dam Talos 1 di samping mencari jalan pintas untuk kembali ke tempat sebelum itu.


Ada beberapa pengakhiran dalam permainan video ini di mana ia adalah bergantung kepada bagaimana para pemain berkomunikasi dengan karakter yang terselamat serta tindakan yang anda akan ambil di sepanjang permainan.
Selepas menggunakan Neuromod, pemain boleh meniru kuasa Mimic iaitu menukarkannya menjadi satu barang kegunaan harian seperti cawan, kotak, pasu bunga atau kerusi.
Teknik ini membolehkan anda menyorok daripada Typhon dan juga masuk ke tempat yang kecil. Gunakan Psychoscope dan mengimbas Typhon untuk mendapatkan butiran makhluk. Apabila butiran sudah cukup, Neuromod baru akan terhasil. Malangnya anda hanya boleh mengimbas Typhon semasa masih hidup.
Neuromod juga boleh digunakan untuk belajar kuasa Typhon dan mempertingkatkan keupayaan anda. Selain itu, pemain juga boleh menggunakan Fabricator untuk mencipta item baru dengan bahan kitar semula barang yang dikumpul.
Salah satu item ciptaan ialah Artax Propulsion System yang membolehkan Morgan untuk mengembara di luar Talos 1. Antara musuh-musuh yang harus dihapuskan dalam Prey ini adalah Typhon, Phantom, Nightmare, Telepath dan Poltergeist.
Bagi membantu untuk menumpaskan pihak musuh ini, terdapat beberapa senjata yang dapat digunakan iaitu seperti pistol bagi jarak jauh, sepanar bagi pertempuran jarak dekat dan Recycle Charge yang merupakan bom tangan istimewa daripada barangan pelbagai guna.
Di samping itu, senjata istimewa yang digunakan juga adalah termasuk Gelifoam Lattice Organism Obstructor (GLOO) yang mampu untuk melekatkan musuh dan menutup paip bocor yang berapi tetapi tidak boleh menghapuskan Typon.
Justeru, sekiranya anda adalah penggemar filem yang menampilkan elemen sci fi dan merindukan sebuah aksi pengembaraan yang sangat menyeronokkan jangan terlepas untuk mencubanya dalam Prey yang dikeluarkan untuk pelantar PS4, XBOX ONE dan PC.