Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Persiapkan pelajar selepas tamat pengajian di JIS

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan JIS

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Bagi mempersiapkan para pelajar Tahun 12 setelah menamatkan Peperiksaan A Level dan merancang masa depan mereka lebih awal, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) telah mengadakan Malam Pendidikan Tinggi Tahun 12 yang berlangsung di sekolah tersebut malam tadi.

    Majlis tahunan itu dihadiri oleh para pelajar Tahun 12 berserta ibu bapa dan penjaga mereka.

    Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengetua JIS, Nicholas Sheehan dan Dekan Pendidikan Tinggi, JIS, Dan Roberts yang antara lain menjelaskan dan mengenalkan kepada para pelajar, ibu bapa dan penjaga mereka mengenai perancangan dan pembelajaran seterusnya selepas tamat pengajian di JIS.

    Setelah itu, para pelajar, ibu bapa dan penjaga diberikan pilihan untuk mendengarkan taklimat mengenai universiti-universiti tempatan dan luar negara mengikut pilihan masing-masing.

    Sesi pertama telah menyaksikan taklimat yang disampaikan oleh Stephen Taylor dari Suruhanjaya Tinggi British di Brunei Darussalam yang menjelaskan mengenai pembelajaran di United Kingdom (UK) dan Setiausaha Kedua, Suruhanjaya Tinggi
    Australia, Yan Kok yang menjelaskan mengenai pembelajaran di Australia.

    Antara pelajar dan ibu bapa serta penjaga yang menghadiri acara tahunan berkenaan.
    Pelajar mendapatkan maklumat mengenai melanjutkan pengajian ke Kanada semasa acara tersebut.
    Salah satu taklimat yang disampaikan.

    Bagi Singapura pula, taklimat disampaikan oleh wakil Universiti Pengurusan Singapura, Andrew Low manakala, bagi pembelajaran di Amerika Syarikat (AS) pula, taklimat disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Awam, Kedutaan AS, Jeff Barrus; Emerging Voices & Alumni Coordinator, Kedutaan AS, Billah Hassan; Pegawai Hal Ehwal Awam, Kedutaan AS, Thapa Shova; Pegawai Hal Ehwal Awam, Kedutaan AS, Low Leng Mey; dan Mayra Robles dari Education-USA.

    Sesi kedua pula menyaksikan taklimat yang disampaikan Dan Roberts mengenai pendidikan di UK; Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ambra Dickie dan Pegawai Politik dan Hal Ehwal Awam, Suruhanjaya Tinggi Kanada, Dayangku Maznah binti Pengiran Badarudin pula menyampaikan mengenai pendidikan di
    Kanada.

    Taklimat mengenai pendidikan di negara-negara Eropah pula telah disampaikan oleh Sonia Mueller dan Pauline Ngui dari SUISSE Edu, serta Kaunselor Universiti Eropah, Karli Downey.

    Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian di Negara Brunei Darussalam, taklimat disampaikan oleh Hajah Anis binti Dzulkiflee, Dayang Dina Roslina binti Haji Aliuddin, Dayang Nur Hajiah binti Abdullah dan Dayangku Siti Khairunisa Adibah binti Pengiran Haji Mohammad Salleh dari Kementerian Pendidikan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...