Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Persiapkan pelajar tempuhi alam kerjaya

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan IBTE SBC

    BELAIT, 17 JULAI – Untuk membantu pelajar kampus mempersiapkan diri menempuh alam kerjaya pada masa depan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) telah menganjurkan Jerayawara Bimbingan Kerjaya dan Keusahawanan baru-baru ini.

    Dihadiri oleh 137 pelajar dari kampus Sekolah Kejuruteraan Satelit, Sekolah Perniagaan dan Sekolah ICT, antara aktiviti yang diadakan termasuk ceramah yang disampaikan oleh pakar bimbingan perniagaan dari RISE Business Solution, Jack Sim dan ejen insurans dari AIA, Sandra Tang.

    Ceramah bertujuan mempersiapkan pelajar dengan pemahaman kerjaya dan keusahawanan di tempat kerja, selain pendekatan yang diamalkan oleh orang yang berjaya dan cara-cara untuk bermula serta melihat perubahan positif dalam kehidupan.

    Ceramah dengan itu diharapkan akan membantu pelajar mempunyai sikap dan minda yang positif di tempat kerja mereka pada masa depan.

    Antara pelajar yang hadir pada ceramah yang diadakan di Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) baru-baru ini.

    Jack Sim dan Sandra Tang semasa menyampaikan taklimat pada jerayawara tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...