Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persiapkan tenaga kerja mahir menuju era kenderaan elektrik

    WOLFSBURG, JERMAN, 12 DIS – Selepas latihan perantisan di Volkswagen, Michelle Gabriel sudah menjadi pakar dalam bidang mengimpal, memotong, melentur dan meregangkan besi, tetapi beberapa tahun kemudian, bukan casis namun rangka kerja perisian yang digabungkannya bersama selepas perubahan dalam kerjaya.

    Perjalanan profesional pekerja berusia 24 tahun itu mencerminkan transformasi sektor kereta, beralih daripada fokus tradisional membina enjin pembakaran kepada pembangunan perisian.

    Kerajaan baharu Jerman pimpinan Olaf Scholz, yang mengambil alih tampuk pentadbiran pada Rabu, ingin mempercepatkan dasar tersebut dengan memiliki 15 juta kenderaan elektrik di jalan raya menjelang 2030 daripada 500,000 hari ini.

    Namun krisis yang dicetuskan oleh revolusi elektrik menimbulkan keraguan mengenai mata pencarian ribuan pekerja di mana kemahiran mereka tidak diperlukan lagi.

    Pengurus kini berdepan dengan cabaran mempersiapkan tenaga kerja mereka untuk membangunkan kereta masa depan.

    Meskipun kerja-kerja pengimpalan semasa perantisan adalah amat ‘baik,’ Michelle tidak dapat membayangkan memasuki pekerjaan yang ‘mungkin lenyap dalam lima tahun,’ beritahunya kepada AFP.

    Dengan menyertai program ‘Fakulti 73’, beliau berpeluang dilatih dalam bidang pembangunan perisian di mana mereka mesti menduduki beberapa siri ujian tetapi tidak memerlukan ijazah, perantisan baharu yang diperkenalkan syarikat sebagai respons untuk memenuhi keperluan kemahiran baharu.

    Kereta elektrik tidak memerlukan ramai pekerja untuk memasang unit di kilang tetapi lebih juruteknik IT dan elektrokimia untuk membangunkan bateri dalam kereta.

    Volkswagen menggunakan sumber dalam talian yang boleh diperkenalkan pada skala yang diperlukan, di mana tanpanya Volkswagen ‘tidak mungkin mampu mengendalikan tugas besar ini,’ menurut syarikat. – AP

    Gambar fail menunjukkan lengan robotik industri Kuka AG memasang bahagian kereta pada model kereta elektrik Volkswagen di kilang kereta Volkswagen di Zwickau, timur Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda