Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Persiapkan TVET untuk IR 4.0

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH hari ini memulakan Program Latihan Serantau ‘Melengkapkan Kakitangan TVET dengan Kaedah Penyelidikan Kuantitatif’ yang akan berjalan selama lima hari secara dalam talian.

    Program disertai peserta dari 10 buah negara SEAMEO iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

    Hadir pada majlis perasmian program tersebut ialah Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar; Timbalan Pengarah Pentadbiran, Pengiran Haji Mohamad Sufri bin Pengiran Ali; dan Timbalan Pengarah Pakar Hal Ehwal Profesional dan Penyelidikan merangkap fasilitator kursus untuk program latihan, Dr Paryono bersama-sama pegawai pengurusan SEAMEO VOCTECH yang lain.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, program tersebut dibangunkan dengan mengambil kira tema Pelan Pembangunan Lima Tahun ke-6 pusat tersebut iaitu ‘Mempersiapkan TVET bagi IR 4.0’ dan bermatlamat untuk melengkapkan kakitangan TVET dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan penyelidikan yang sejajar dengan keperluan Industri 4.0.

    Ketika penyelidikan mengenai ‘Ketersediaan Industri dan Institusi TVET untuk IR 4.0 di Asia Tenggaara’ sedang dijalankan oleh pusat berkenaan, Awang Alias dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya untuk menjadi kreatif dan inovatif dalam dunia VUCA (Volatile, Uncertain, Complex, and Ambiguous) hari ini.

    “Menjalankan penyelidikan bermakna menjadi inovatif, dan menjadi inovatif berkait rapat dengan menjadi kreatif atau imaginatif. Untuk itu, saya percaya bahawa latihan ini sangat tepat pada masanya. Pastikan awda (para peserta) terbuka untuk mempelajari perkara baharu pada semua peringkat proses penyelesaian masalah, kerana maklumat baharu mungkin kunci untuk mencari penyelesaian kreatif,” ujarnya.

    Gambar ramai secara maya pada majlis pembukaan program lima hari berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...