Persidangan antarabangsa Baitulmaqdis di Maghribi

RABAT, 27 Jun – Persidangan Antarabangsa kelima mengenai Masalah Baitulmaqdis, yang bermula pada Rabu di Rabat, ibu negara Maghribi, memberikan para pakar peluang untuk menilai perjanjian Oslo, lapor agensi berita Xinhua.

Titah Raja Maghribi Mohammed VI, isu penempatan Palestin-Israel memerlukan kesungguhan politik, usaha bersepadu dan penglibatan penaja antarabangsa yang benar-benar tulen.

“Kita bergantung kepada pengalaman, keberkecualian dan keupayaan mereka untuk menampakkan pengaruh. Konflik dapat diselesaikan jika delusi dan nostalgia lampau ditinggalkan.

“Tempoh konflik dan kebuntuan politik sejak 2014 tidak seharusnya menimbulkan sikap tidak peduli atau acuh tak acuh,” titah baginda kepada para peserta persidangan.

Baginda menegaskan, adalah menjadi tugas masyarakat antarabangsa membawa isu itu ke meja rundingan untuk mencapai penyelesaian yang selamat serta adil. – Bernama