Saturday, January 18, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Persidangan ASARC pupuk kerjasama persatuan pengakap

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Delegasi Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) baru-baru ini telah menghadiri Persidangan Kerjasama Serantau Persatuan Pengakap ASEAN (ASARC) yang berlangsung di salah sebuah hotel di Pulau Pinang.

    Mengetuai delegasi PPNBD ialah Ketua Pesuruhjaya, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali.

    Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan beberapa perkara yang berkaitan bagi kemajuan dan kelangsungan pergerakan pengakap di peringkat ASEAN.

    Hadir bagi merasmikan mesyuarat itu ialah ahli Majlis Pengakap Negara Persekutuan Pengakap Malaysia, Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul.

    Turut menyertai delegasi PPNBD ke mesyuarat tersebut ialah, Timbalan Ketua Pesuruhjaya dan Pesuruhjaya Antarabangsa.

    Semasa mesyuarat, pihak PPNBD telah memberikan laporan kegiatan serta turut mempromosikan penyertaan negara-negara ASEAN ke Jambori Nasional Brunei Darussalam ke-5 yang dijadualkan diadakan pada 2 hingga 7 Disember nanti.

    ASARC dihasratkan dan dirumuskan daripada semangat ASEAN, seperti yang dinyatakan dalam piagam persatuan, memegang integriti dan kebijaksanaan ASEAN dalam meningkatkan persahabatan, persaudaraan dan memupuk kerjasama dalam kalangan persatuan pengakap di negara-negara ASEAN.

    Untuk mencapai hasil itu, PPNBD mengongsikan bahawa mesti ada upaya bersepadu dalam kalangan negara anggota bagi memastikan bahawa terdapat aktiviti yang sesuai dan penyertaan maksimum pada setiap peringkat yang dapat difikirkan.

    Penubuhan ASARC bermatlamat untuk menggalakkan dan meningkatkan kerjasama, persaudaraan dan perpaduan bagi ASEAN dengan bekerjasama rapat antara satu sama lain dalam menyelaraskan usaha dan program untuk faedah rakyat terutama dalam kalangan belia, mengukuhkan kerjasama antara negara ahli berdasarkan prinsip pengakap dan piagam ASEAN, bagi membantu pembangunan dan promosi pengakap di negara-negara rantau ini serta untuk menangani isu-isu pengakap.

    Tan Sri Dato’ Johari dan wakil PPNBD semasa persidangan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPNBD
    Tan Sri Dato’ Johari menyampaikan ucapan semasa persidangan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPNBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda