Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Persidangan ASEAN-China kukuh kerjasama pendidikan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OGOS – Persidangan Pendidikan ASEAN-China ke-3 telah diadakan secara maya hari ini dengan tujuan memperkukuh kerjasama pendidikan antara negara anggota ASEAN dan Republik Rakyat China.

    Selain itu, ia juga dihasratkan mengkaji kemajuan dan pembangunan pendidikan menuju 2030.

    Persidangan bertemakan ‘Membina Rumah Persahabatan Bersama: Kerjasama dan Pembangunan Pendidikan ASEAN-China Menuju 2030’ itu telah dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh (gambar) yang turut menyampaikan ucapan melalui video pra-rakaman.

    Dalam ucapannya, Yang Berhormat Datin berkongsi pencapaian institusi pendidikan tinggi dan vokasional serta teknikal di negara ini. Selain itu, beliau turut menerangkan inisiatif Pelan Transformasi Digital sebagai norma baharu dalam sistem pendidikan Brunei.

    Persidangan turut mengongsi pandangan menteri-menteri pendidikan ASEAN dan China mengenai hala tuju dasar pendidikan negara masing-masing meliputi tiga bidang iaitu meningkatkan kualiti sumber tenaga manusia; memperkukuh hubungan kerjasama dalam penyelidikan; dan mempromosikan transformasi digital pendidikan.

    Pada sidang itu, para menteri turut melancarkan dokumen bertajuk Building an Amicable Home Together: Vision and Action on ASEAN-China Education Cooperation and Development.

    Terdahulu, persidangan telah dirasmikan oleh Naib Gabenor Wilayah Guizhou, Republik Rakyat China, Guo Xiwen dan Setiausaha Agung ASEAN, Dato Paduka Lim Jock Hoi.

    Persidangan turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...