Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Persidangan Menteri WTO ditunda

-

GENEVA, 28 NOV – Persidangan Menteri Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada minggu depan yang juga perhimpunan terbesar badan itu dalam tempoh empat tahun, ditunda menjelang saat akhir susulan penularan varian baharu COVID-19, Omicron.

WTO berharap perhimpunan dijadualkan berlangsung selama empat hari di Geneva itu bakal memberi nafas baharu kepada organisasi berkenaan yang tersekat selama bertahun-tahun dalam perkembangan usaha menyelesaikan pelbagai isu seperti subsidi perikanan.

Ketua Pengarah baharunya, Ngozi Okonjo-Iweala juga berharap mencapai kemajuan ke arah perjanjian bagi menarik semula paten vaksin COVID-19, sekali gus membuktikan WTO mempunyai peranan relevan dalam memerangi pandemik itu.

Namun semalam, persidangan itu ditunda empat hari sebelum dijadualkan berlangsung, di mana keputusan berkenaan diumumkan beberapa jam selepas Omicron diisytiharkan sebagai varian membimbangkan (VOC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Ini bukan satu syor yang mudah dilakukan. Namun sebagai Ketua Pengarah, keutamaan saya ialah kesihatan dan keselamatan semua peserta Persidangan Menteri Ke-12 (MC12), termasuk menteri, delegasi dan masyarakat awam.

“Adalah lebih baik untuk berhati-hati,” kata Okonjo-Iweala.

Pengerusi Majlis Agung WTO, Dacio Castillo, mengadakan mesyuarat tergempar membabitkan kesemua 164 negara anggota, bagi memaklumkan mengenai situasi berkaitan penularan Omicron, termasuk sekatan perjalanan dan keperluan kuarantin.

Semua anggota terbabit sebulat suara menyokong keputusan menunda persidangan itu. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Dua beradik bersatu semula selepas 75 tahun

BHATINDA, INDIA, 12 OGOS – Air mata kegembiraan membasahi pipi seorang pekerja buruh India yang akhirnya bertemu abang tersayang dari Pakistan buat pertama kalinya...
- Advertisment -