Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Persidangan wakaf kenal pasti 16 resolusi

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan BIBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Sebanyak 16 resolusi telah dikenal pasti mengikut lima tema, hasil daripada Persidangan Wakaf Antarabangsa yang berlangsung selama dua hari hingga kelmarin di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Antara resolusi berkenaan adalah memodenkan transaksi wakaf seperti wakaf tunai dengan menggunakan kaedah FinTech dengan kerjasama sektor korporat di bawah tema ‘Kepiminan’ dan mewujudkan dan mempercepatkan akta wakaf yang praktikal dan dinamik sesuai untuk semua sektor negara dan masyarakat di bawah tema ‘Perundangan dan Tadbir Urus’.

    Resolusi yang dikenal pasti di bawah tema ‘Kerjasama Ekonomi dengan Negara Luar’ adalah membangunkan Tabung Wakaf Nusantara kerjasama Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia dan negara ASEAN lain untuk tujuan pembangunan ekonomi sosial khususnya dalam bidang asas kritikal seperti ‘food security’ dan keusahawanan di samping itu, wakaf korporat yang sedang dilaksanakan di Malaysia boleh dijadikan kayu ukur pelaksanaan dan pembangunan wakaf ekonomi di negara-negara lain.

    Bagi ‘Pendidikan’, antara resolusi yang dikenal pasti adalah mewujudkan tatacara agar wakaf, zakat dan sedekah diajar di peringkat sekolah rendah dan dimasukkan sebagai aktiviti kokurikulum pelajar sekolah, kolej dan universiti.

    Sementara itu, di bawah tema ‘Ekonomi’ pula adalah mewujudkan wakaf perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk merancakkan kelahiran usahawan-usahawan muda Negara Brunei Darussalam.

    Dr Hajah Mas Nooraini (dua, kiri) semasa berucap pada forum yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini.
    Antara peserta yang hadir pada forum bertema ‘Cabaran Integrasi Wakaf Tradisional dan Kontemporari’ yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Pembentangan resolusi berkenaan telah disampaikan oleh Pensyarah, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Unversiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Dr Cecep Soleh Kurniawan selaku pengerusi kertas kerja dan rappotuer di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, kelmarin.

    Resolusi tersebut kemudiannya diserahkan kepada Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim selaku tetamu kehormat pada forum bertajuk ‘Cabaran Integrasi Wakaf Tradisional dan Kontemporari’ yang diadakan sebelum penyampaian resolusi berkenaan.

    Ahli-ahli panel forum terdiri daripada Dr Hajah Mas Nooraini binti Haji Mohiddin dari Badan Penasihat Syariah, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD); Ketua Pegawai Eksekutif Pergas Investment Holdings, Republik Singapura, Dr Shamsiah Abdul Karim dan Timbalan Pengerusi Badan Wakaf Indonesia, Dr Imam Teguh Saptono.

    Sementara itu, moderator forum ialah Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

    Forum diadakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama KUPU SB dan UNISSA sebagai salah satu acara di bawah Persidangan Wakaf Antarabangsa dan Pameran Minggu Islamik bersempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei MYCE 2022).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...