Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Persidangan WHBC bakal tingkatkan industri halal global

    MELBOURNE, 30 OGOS – Persidangan Perniagaan Halal Dunia (WHBC) 2022 dijangka dapat meningkatkan industri halal global terutamanya dalam perdagangan dua hala dengan penganjuran sulungnya di Australia. 

    Persidangan dua hari yang berlangsung dari 1 hingga 2 September itu, yang dianjurkan oleh Halal Development Corporation Bhd (HDC) dan disokong oleh Suruhanjaya Perdagangan dan Pelaburan Australia (AUSTRADE) serta kerajaan negeri Victoria, akan diadakan di Pullman Melbourne Albert Park.

    Acara utama adalah persidangan Thought Leadership Conference yang menampilkan enam sesi serentak dengan 46 ahli panel yang membincangkan mengenai pelbagai subsektor dalam sektor halal. 

    Negara peseta utama termasuklah Australia, Singapura, India, Filipina, New Zealand dan Kanada. 

    Ketua pegawai komersial HDC Adly Mohamed memberi tahu Bernama, Malaysia akan menumpukan kepada inisiatif perniagaan strategik yang berasaskan kepada tiga tonggak utama iaitu penggalakan pelaburan, rundingan perdagangan dan tenaga kerja mahir berkaitan halal.

    Persidangan itu akan membantu syarikat Australia untuk mendalami dengan lebih mendalam lagi mengenai industri halal dan juga akan membolehkan syarikat Malaysia menembusi pasaran halal Australia, katanya. 

    Selain itu akan ada juga sesi penonjolan jenama untuk mempamerkan kira-kira 20 syarikat Malaysia dan Australia, perbincangan perniagaan-kepada-perniagaan dan mesyuarat untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan perniagaan, kata Adly. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...