Persoalan mengenai maklumat sulit

Saya ingin mengongsikan pendapat saya mengenai maklumat-maklumat yang dipinta dari pemohon-pemohon yang hendak memasuki pengajian di salah sebuah institusi pengajian awam negara ini.

Maklumat-maklumat seperti gaji atau pendapatan ibu bapa dan juga slip gaji amatlah sulit.

Penyerahan maklumat tersebut kepada pihak institusi-institusi pengajian umpama mendedahkan periuk nasi kepada orang ramai. Saya paling tidak mengerti kenapa maklumat-maklumat ini mesti didedahkan kepada institusi pengajian.

Sebagai individu saya rasa peribadi saya terdedah dan terancam. Kenapa.. kenapa.. kenapa.. perkataan ini berulang kali timbulkan dan jadi tanda tanya bagi saya. Pihak yang berkenaan tolonglah, “kalau bekurapak biar bedinding”, ini dasyat dari bekurapak. Habis maklumat peribadi terdedah.

Kaji selidik keperluan bagi pemohon-pemohon untuk memberikan maklumat-maklumat ini perlu ditiadakan dari borang-borang permohonan.

Untuk apa ibu bapa pemohon diselidiki bagi hal pencarian dan wang mereka. Lagi pula tiap tahun juga pihak jabatan berkenaan membuat “banci penduduk dan pendapatan” orang ramai dan majikan. Kalau di luar negara nombor telefon individu pun boleh dikategorikan sebagai maklumat sulit, apatah lagi slip gaji.

Jangan berbuat demikian, ambil perhatian yang ‘relevan’, fokus untuk pembelajaran, tidak perlu dipersoal jawabkan pendapatan ibu-bapa pemohon-pemohon. It doesn’t make them any clever atau mendapat markah tinggi nanti tu! Jadi, kaji semula keperluan untuk pemohon-pemohon untuk memberikan maklumat-maklumat sulit ini.

Hal Sulit