Pertahanan peningkan Emery

LONDON, 23 April – Unai Emery berdepan dilema memikirkan barisan pertahanannya, yang akan memastikan atau menjejaskan harapan Arsenal bagi menamatkan empat tangga teratas dalam kempen Liga Perdana mereka.

Pasukan Gunners akan membuat kunjungan ke Wolves Khamis ini, setelah terlepas peluang untuk mengukuhkan cengkaman bagi menyudahkan persaingan di kedudukan empat teratas di depan Tottenham, Chelsea dan Manchester United, di mana Gunners terjejas dengan kekalahan 3-2 di gelanggang sendiri menentang Crystal Palace pada Ahad lalu.

Arsenal mengalami kehambaran pertahanan pada hari tersebut. Dua jaringan adalah dari kelemahan pertahanan sementara yang lain dari kesilapan individu Shkodran Mustafi.

Pengurus Gunners, Emery memilih untuk merehatkan sejumlah pemain selepas menang di Napoli pada minggu sebelumnya yang menyaksikan pasukan dari utama London, Arsenal mara ke empat pasukan terbaik Liga Europa.

Sekarang, selepas kesan tersebut, pengurus dari Sepanyol itu perlu menentukan sama ada untuk mengekalkan tiga pemain pertahanan yang membolehkan Mesut Ozil untuk berada di posisi tengah di belakang Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette, atau beraksi selamat dengan cara biasa empat pemain pertahanan.

Kesukaran utama Emery adalah untuk menentukan sama ada pemain veteran, Laurent Koscielnya boleh terus beraksi ketika Mustafi tidak dapat diharap. – AFP