LIVERPOOL, 14 Sept – Sepakan penalti yang gagal disempurnakan Roberto Firmino pada separuh masa pertama jelas menjejaskan Liverpool ketika Joaquin Correa menjaringkan gol penyamaan untuk memastikan Sevilla mencatatkan keputusan dramatik seri 2-2 dalam persaingan Liga Juara-Juara semalam.
Anfield berada dalam keadaan gembira ketika kelab Inggeris itu mengalu-alukan semula persaingan bola sepak Liga Juara-Juara selepas tidak beraksi selama dua musim, tetapi ia hanya memerlukan Sevilla empat minit untuk menjejaskan keghairahan tersebut.
Selepas Wissam Ben Yedder memberikan pendahuluan awal pasukan dari Sepanyol itu, jaringan-jaringan menerusi Firmino dan Mohamed Salah memastikan pasukan Liverpool di depan, hanya menyaksikan Firmino tidak dapat menyempurnakan sepakan penalti.
Ketika perlawanan memasuki satu jam, pengurus pasukan Sevilla, Eduardo Berizzo diarah meninggalkan tempat kerana membaling bola jauh dari pemain Liverpool, Joe Gomez ketika dia cuba untuk mendapatkan bola untuk melakukan lontaran ke dalam, tetapi kekecewaannya dikurangkan, menerusi Correa pada minit ke-72.
Semua empat pasukan dalam Kumpulan E berkongsi kutipan mata selepas pusingan pertama perlawanan, ketika Maribor mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Spartak Moscow di Slovenia.

Jaringan pembukaan adalah hasil dari kesilapan pemain pertahanan, Dejan Lovren, yang gagal menyepak dengan baik ketika cuba untuk mengeluarkan bola dari hantaran lintang Sergio Escudero hampir tiang gol.
Sebaliknya mengeluarkan bola dengan muda, pemain pertahanan itu membenarkan bola untuk melepasi depan gawang di mana Ben Yedder mempunyai tugasan mudah memasukkan bola ke gawang yang terbuka.
Berikutan persaingan itu dari kemenangan 5-0 di Manchester City, ia adalah satu permulaan yang teruk bagi pasukan kendalian Jurgen Klopp, walaupun mempamerkan permainan serangan.
Klopp menurunkan pemain gantian Philippe Coutinho bagi 15 minit terakhir perlawanan, persaingan pertamanya bagi kelab itu sejak kegagalan perpindahan ke Barcelona, tetapi pemain dari Brazil itu menghasilkan sedikit impak. – AFP