Sunday, November 27, 2022
22 C
Brunei

-

Pertahankan budaya mengelupis

Oleh Yusrin Junaidi

TUTONG, 4 OKT – Dalam memastikan kemahiran mengelupis dipertahankan dalam kalangan puak Kedayan, Persatuan Melayu Kedayan (PEMEDAYAN) telah mengadakan bengkel mengelupis di Taman Tanjong Bukit Mambangan, Lamunin, Daerah Tutong, baru-baru ini, dengan disertai lebih 40 orang ahli.

Mengelupis merupakan salah satu budaya tradisi puak Kedayan yang dilakukan secara bergotong-royong semasa majlis-majlis tertentu seperti Makan Tahun, perkahwinan, perhimpunan keluarga dan Hari Raya.

Bengkel yang dikendalikan oleh salah seorang ahli PEMEDAYAN, Haji Sisa bin Haji Nayan berkenaan dikhususkan bagi kelupis sulang yang menggunakan pewarna kuning asli buah pokok sulang yang merupakan pokok liar yang tumbuh di hutan-hutan.

Kebiasaannya pewarna kuning menggunakan kunyit tetapi rasanya berbeza dengan kelupis sulang.

PEMEDAYAN menyatakan bahawa berbagai-bagai bengkel sedang dirancang bagi ahli-ahlinya dengan tujuan untuk melestarikan budaya, bahasa dan puak Kedayan.

Antara ahli PEMEDAYAN semasa menyertai bengkel mengelupis di Taman Tanjong Bukit Mambangan, Lamunin, Daerah Tutong.
Bengkel dikendalikan oleh Haji Sisa.
Kelupis sulang yang telah siap dibungkus dan dijalin.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -