Pertamina, CPC meterai perjanjian petrokimia

JAKARTA, 10 JUN – Syarikat gergasi minyak Indonesia Pertamina berkata ia telah menandatangani satu perjanjian dengan firma Taiwan CPC Corp untuk membangunkan kompleks petrokimia berharga AS$8 bilion, selepas rundingan selama beberapa tahun.

Operasi dijangka bermula pada 2026 di kilang baharu, yang dibina di kilang penapis di wilayah Java Barat, Indonesia.

Kedua-dua firma telah berunding untuk membina kilang petrokimia sejak 2018, dengan setiap pihak menyumbang 45 peratus daripada kos projek baharu dan selebihnya dibiayai oleh pelabur luar, kata Pertamina.

Kilang itu akan menghasilkan etilena, digunakan dalam pengeluaran plastik.

Projek itu mungkin membantu Pertamina menjadi “pemain terkemuka dalam sektor dalam tempoh 10 tahun akan datang,” kata presiden syarikat Nickie Widyawati dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Firma Indonesia merancang menambah setengah dozen kilang penapis minyak lain untuk menambah dua kali ganda kapasitinya kepada kira-kira dua juta tong sehari pada 2026. – AFP