Pertandingan ayam serama 15 Mac

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Para penggemar dan penternak ayam serama akan berpeluang untuk menonjolkan ayam-ayam serama mereka semasa Pertandingan Kesenian & Kecantikan Ayam Serama Bon Pembukaan 2020 Terbuka yang akan berlangsung pada 15 Mac di Arena, Taman Rekreasi Hutan Bukit Shahbandar bermula pukul 8 pagi.

Pertandingan mengetengahkan pelbagai kategori yang dipertandingkan termasuk Anak A (Bawah 100g), Anak B Jantan (Bawah 140g), Serama Induk/Betina, Serama Remaja, Serama Muda, Serama ATL (Ayam Tanpa Lawi), Serama A (Bawah 350g), Serama B (351g-500g), BOTB (Best of the Best) dan Raja Kibas.