Monday, November 28, 2022
27.1 C
Brunei

-

Pertandingan badminton eratkan ukhuwah

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Bagi mewujudkan ukhuwah antara kesemua pengguna Dewan Setenaga, Kampung Tanjung Nangka, pengurus pertandingan, Insp. (B) Harun bin Chuchu, telah menganjurkan pertandingan badminton dari 27 September hingga 25 Oktober.

Perlawanan tersebut yang berformatkan pusingan robin, disertai seramai 24 orang pemain yang terdiri daripada pesara-pesara pegawai dan kakitangan dari agensi-agensi kerajaan yang berumur di antara 57 tahun ke atas yang tinggal berhampiran Kampung Tanjung Nangka, Jerudong, Sengkurong, Mulaut, Kilanas, Selayun, Tanjung Bunut, Kasat, dan Lumapas, yang mana pemain-pemain dibahagikan kepada dua kumpulan.

Pasangan beregu terbaik bagi setiap kumpulan masing-masing akan membawa pulang piala iringan yang disumbangkan oleh pengerusi pertandingan, Haji Antin bin Ahad.

Johan dalam kumpulan A disandang oleh regu Haji Nawin bin Abdul Hamid dan Haji Ahim bin Haji Idris. Manakala, johan dalam kumpulan B pula disandang oleh regu Haji Talib bin Jumart dan Mohd Azizi bin Abdullah.

Gambar ramai semasa pertandingan berkenaan.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -