Pertandingan beyblade terus hiburkan peminat di rumah

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Awang Junaidi bin Muhammad Yussof dari Pasukan Jakusha Bladers mengungguli pertandingan Battle of 40 Seconds secara dalam talian anjuran DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam, apabila menyandang gelaran juara dan tempat ketiga.

Tempat kedua pula disandang oleh Awang Jurkarnain bin Haji Hussin daripada Pasukan Santai Aja Bladers dan tempat keempat dimenangi oleh Awang Masri bin Haji Lamit daripada Pasukan Ghostbeys. Sementara itu, empat pemenang lain menerima hadiah sagu hati.

Menurut kenyataan yang diberikan, pertandingan itu disertai kira-kira 30 orang peserta daripada pasukan-pasukan beyblade di negara ini antaranya pasukan Undergroundbey (UG), Jakusha Bladers (JB), Ghostbeys (GB), dan Santai Aja Bladerz (SA).

Selain itu, pertandingan juga mendapat sokongan daripada pasukan-pasukan beyblade di negara ini dan mendapat tajaan hadiah beyblade daripada Blade on Brunei.

Pertandingan yang diadakan dalam talian itu adalah salah satu inisiatif untuk memastikan orang ramai terutama penggemar permainan berkenaan untuk terus berada di rumah sekali gus mendukung usaha kerajaan memandangkan negara sedang dilanda penularan gelombang kedua COVID 19.

Gambar ramai pemenang lapan teratas pertandingan dalam talian berkenaan. – Gambar serahan DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam