Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Pasukan 5 yang terdiri daripada Yap, Azman, Liza dan Zairi muncul johan dalam Pertandingan Boling Merdeka sempena Hari Kebangsaan Malaysia ke-60 yang berlangsung di Utama Bowling di ibu negara malam tadi.
Pasukan berkenaan diberikan tentangan hebat daripada pencabar terdekatnya, yang meraih tempat kedua, iaitu Pasukan 11 yang diwakili Choo Siew, Ramlah, Haji Aminuddin and Madnor, manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan yang terdiri daripada Mohammad bin Walli, Rafar, Wan Hazmin and James Lee. Sementara bagi kategori perseorangan pula, tempat pertama dimenangi oleh Yap dengan 727 jatuhan pin, diikuti oleh Choo Liew dengan 692 jatuhan pin dan Mohammad bin Wali dengan 470 jatuhan pin.
Idma pula muncul juara individu kategori wanita apabila mengatasi pemenang tempat kedua, Ruby, dan Nelly di tempat ketiga. Sementara itu tempat keempat dan kelima diraih oleh Liza dan Lisa.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada barisan pemenang ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman.
Lebih 50 orang ahli Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS), Brunei Darussalam bersama keluarga ikut serta dalam pertandingan tersebut, yang merupakan acara tahunan PKMS bertujuan memeriahkan sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Malaysia serta mengeratkan tali silaturahim di kalangan ahli-ahli PKMS dan keluarga mereka.