Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan gusti lembu di India, 2 maut

    NEW DELHI, 23 Jan – Dua orang maut dalam insiden lembu mengamuk dalam satu pertandingan gusti lembu sempena perayaan Jallikatu di Tamil Nadu selatan India, kata seorang pegawai lapor agensi berita China Xinhua.

    Insiden berlaku selepas pihak berkuasa mengeluarkan perintah eksekutif menarik balik pengharaman sukan itu susulan tunjuk perasaan oleh orang ramai yang membantah pengharaman sukan berkenaan.

    “Di Tamil Nadu dua orang terbunuh di daerah Pudukottai,” menurut siaran radio tempatan All India Radio.

    Media tempatan melaporkan jumlah kecederaan akibat insiden itu mencecah hampir 129 orang.

    Ribuan orang termasuk golongan belia dan wanita berhimpun di laut Marina di Chennai sejak Khamis sebagai tanda bantahan terhadap tindakan mengharamkan sukan itu.

    Polis India menyingkirkan pembantah semasa tunjuk perasaan ke atas pengharaman gusti lembu sempena perayaan Jallikattu di Pantai Marina di Chennai pada 23 Januari. – AFP
    Polis India menyingkirkan pembantah semasa tunjuk perasaan ke atas pengharaman gusti lembu sempena perayaan Jallikattu di Pantai Marina di Chennai pada 23 Januari. – AFP

    Beberapa selebriti turut mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu termasuk pengubah muzik popular A R Rahman dan pelakon handalan Rajinikanth.

    Penduduk berpendapat perayaan Jallikattu adalah elemen penting dalam identiti dan budaya mereka.

    Jallikattu diharamkan sejak 2014 selepas kumpulan pencinta haiwan mengemukakan rayuan di mahkamah kerana mendakwa perayaan itu satu tindakan kejam terhadap haiwan.

    Sukan tradisi itu diamalkan sebagai sebahagian daripada perayaan menuai Pongal.

    Sejak sekian lama sukan itu telah menyebabkan ramai orang terbunuh akibat dirodok atau dipijak, ia juga mencederakan haiwan dan ada lembu yang turut dibunuh. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda