Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Pertandingan kumpul 117kg barangan kitar semula

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Sebanyak 117 kilogram pelbagai barangan kitar semula berjaya dikumpulkan dalam Pertandingan Kitar Semula Antara Kelas Sekolah Chung Hwa Kiudang, hari ini.

    Aktiviti anjuran Jabatan Sains sekolah itu antara lain berobjektif untuk mengajar pelajar tentang kemapanan dan mengurangkan sisa melalui kempen mengitar semula dan menggunakan semula.

    Ketua Jabatan Sains Sekolah Chung Hwa Kiudang, Leong Yueh Moi, menyatakan jabatan tersebut ingin memupuk kesedaran dan kefahaman pelajar tentang kepentingan mengurangkan sisa selain mengguna semula dan mengitar semula barangan untuk melindungi alam sekitar. Beliau juga berharap aktiviti itu mengajar pelajar menjadi individu yang bertanggungjawab dan peranan yang mesti dimainkan oleh setiap pelajar dalam mewujudkan persekitaran hidup yang lebih baik.

    Pemenang pertandingan ialah murid Tahun 1 yang telah mengumpulkan 36 kilogram barangan kitar semula dan kesemua barangan itu akan serahkan kepada syarikat kitar semula tempatan, Kawan Bumi Sdn Bhd untuk dikitar semula.

    Pelajar bersama barangan kitar semula yang dikumpulkan dalam pertandingan itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...