Saturday, December 14, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan lakonan pupuk semangat kekeluargaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Keluarga Awang Headillah dan Dayang Amalina muncul juara dalam Pertandingan Lakonan Dalam Talian yang membawa tema Filem Melayu Klasik apabila mereka menewaskan 10 peserta lain.

    Pertandingan lakonan yang diadakan secara maya ini merupakan salah satu inisiatif dalam sama-sama menyahut seruan pihak berkenaan bagi menggalakkan orang ramai khususnya ahli keluarga untuk tidak melakukan kunjungan ke rumah keluarga masing-masing (badudun) demi mencegah penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    Menurut pengendali pertandingan, Haji Rosaimi bin Haji Lamit, pertandingan lakonan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga di samping memberikan pengalaman baharu di mana para peserta perlu berlakon secara langsung dalam talian dengan pemilihan skrip telah diberikan seminggu lebih awal.

    Sementara itu, tempat kedua disandang oleh keluarga Zul dan Faizah dan keluarga Abdul Yazid dan Lina memenangi tempat ketiga. – Haji Rosaimi Haji Lamit

    Awang Headillah dan Amalina ketika membuat lakonan secara dalam talian.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda