Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Pertandingan makan antara tarikan hari kebangsaan AS

    NEW YORK, 5 JULAI – Joey Chestnut berjaya menghabiskan sebanyak 63 hot dog dalam masa 10 minit kelmarin untuk memenangi pertandingan makan tahunan sempena hari kebangsaan Amerika Syarikat (AS) yang bertemakan makanan kegemaran AS di Kepulauan Coney, New York.

    Chestnut kini berjaya memenangi pertandingan tersebut sebanyak 15 kali tetapi rekodnya kelmarin menurun berbanding dengan rekod yang dicatatnya pada 2020 ketika dia berjaya menghabiskan sebanyak 76 hot dog, termasuk rotinya sekali, dalam tempoh masa 10 minit sahaja.

    Dia meminta maaf kepada orang ramai dan berkata dia akan melakukan yang terbaik pada tahun depan.

    Chestnut semasa ditemui oleh AFP, berkata dia berlatih dengan memakan hot dog lebih kerap dan mengambil bahagian dalam pertandingan makan yang diadakan sekali dalam seminggu.

    Selepas prestasi yang dipamerkannya kelmarin, dia berkata dia tidak akan menyentuh makanan lagi untuk sehari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...