Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Pertandingan MD Got Talent serlah bakat pelajar

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Maktab Duli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Bakat pelajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) diketengahkan dalam Pertandingan MD Got Talent yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar pada 21 November lalu.

    Pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan Bahagian CCA maktab berkenaan telah menyaksikan lima finalis beraksi di peringkat akhir pertandingan tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan berkenaan ialah Timbalan Pengetua Akademik Maktab Duli, Dr Zamri bin Haji Ismail.

    Dalam peringkat akhir, juara disandang oleh Alexander Jacklya bin Dakius, manakala tempat kedua ialah kumpulan Ribena yang dianggotai oleh Awang Muhammad Daarish bin Bahrin, Awang Danial Shafiq Kho bin Fred Mustafa @ Kho Ter Wan, Matthew Abel Robles Filio dan Patrick Tambi anak Pau serta di tempat ketiga ialah Dayang Nur Amanina Izzati binti Haji Abdul Kahar.

    Para pemenang membawa pulang hadiah wang tunai bersama sijil penyertaan.

    Dayang Nur Amanina Izzat mengetengahkan bakatnya semasa pertandingan berkenaan.
    Kumpulan Ribena memenangi tempat kedua semasa pertandingan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...