Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Pertandingan Menyusun Kata asah minda pelajar

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Dengan matlamat untuk meningkatkan perbendaharaan kata dan kemahiran ejaan dalam bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Tanjong Maya (SMTM) telah mengadakan Pertandingan Menyusun Kata iaitu pertandingan ejaan yang berlangsung di Dewan Kuliah SMTM, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan SMTM, pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Inggeris sekolah berkenaan disertai oleh wakil pelajar dari Tahun 7 hingga 10.

    Pertandingan bukan sahaja diadakan sebagai aktiviti akhir tahun tetapi ia juga digunakan untuk mencari wakil untuk Pertandingan Menyusun Kata Kawasan dan Kebangsaan bagi
    2024.

    Pada awal 2023, SMTM telah berjaya menghantar 10 orang pelajar ke peringkat pertandingan ejaan kawasan yang diadakan di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Tutong.

    Sementara itu, tujuh daripada 10 wakil Kawasan 5 adalah pelajar dari SMTM dengan sekolah itu telah berjaya meraih hadiah pertama untuk kategori perempuan Tahun 11 di Pertandingan Menyusun Kata Kebangsaan yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa pada Februari lalu.

    Antara pelajar yang menyertai pertandingan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH MENENGAH TANJONG MAYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...