Pertandingan pupuk budaya membaca
Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Dayang Nayla Raeesa binti Haji Norzaidi dan Awang Muhammad Zarif Irfan bin Haji Awang Muliadi dari Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, masing-masing telah diumumkan sebagai johan dalam kategori ‘A’ dan kategori ‘B’ Pertandingan Mari Bercerita, Cerita Teladan 2020 yang berlangsung di Balai Sarmayuda,

























