Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei
Array

Pertandingan tarik kaki pancing ke Labuan

-

LABUAN, 1 JULAI – Pertandingan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Labuan telah menerima sambutan menggalakkan daripada kaki pancing di seluruh Malaysia.

Sejumlah 55 pemancing kini berada kira-kira 30 batu nautika di luar pesisir pulau bebas cukai itu mengambil bahagian dalam acara paling berprestij Cabaran Laut Antarabangsa Labuan ke-24, yang bermula hari ini.

Peserta acara dilepaskan dari jeti Marina Awam oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail, yang mewakili Senator Datuk Bashir Alias.

Rithuan, yang merupakan pengerusi penganjur, berkata beliau gembira dengan sambutan menggalakkan daripada kaki pancing dari pelbagai negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terhadap pertandingan itu.

“Meskipun kami telah mengecilkan skala acara bagi tahun ini, acara utama iaitu memancing laut dalam yang berlangsung selama tiga hari telah menarik ramai kaki pancing dari seluruh Malaysia dan menggunakan 18 kapal nelayan laut dalam.

Kaki pancing dari pelbagai bahagian di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta pelbagai daerah di Sabah dan Sarawak bersaing bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM50,000 serta peralatan memancing jenama Daiwa dalam pertandingan tiga hari dua malam itu.

“Kami berharap melalui pertandingan ini, peserta boleh menjadi duta kami dalam mempromosikan Labuan bukan hanya sebagai destinasi memancing yang menarik tetapi juga sebagai tapak geologi dan menyelam,” katanya.

Pertandingan memancing laut dalam itu dianjurkan bersama oleh Perbadanan Labuan dan Daiwa.

Kaki pancing juga boleh menantikan jualan hasil tangkapan semasa pertandingan itu selepas peserta kembali ke Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan di antara 8 pagi dan 2 petang pada 3 Jun ini. – Bernama

Pelepasan peserta acara Pertandingan Memancing Laut Dalam sempena Labuan International Sea Challenge (LISC) 2022 yang berlangsung di Marina Awam Perbadanan Labuan kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -