Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Pertandingan teka pasukan separuh akhir Piala Dunia dapat sambutan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Pertandingan Teka Pasukan Separuh Akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat bola sepak di mana ribuan borang penyertaan yang lengkap telah dihantar pada hari ini, di Brunei Press Sdn Bhd, Beribi, sebelum penutupannya pada pukul 4:30 petang.

    Seorang peminat tegar Argentina, Awang Abdul Malik Omar berkata bahawa beliau menghantar lebih 40 borang penyertaan.

    “Argentina tidak bermain dengan baik pada perlawanan pertama tetapi kembali de-ngan dendam pada perlawanan berikutnya.

    “Piala Dunia tahun ini cukup menarik, penuh dengan liku-liku. Perlawanan antara Jepun dan Sepanyol adalah di luar jangkaan dan saya menantikan perlawanan yang lebih menarik,” ujar beliau yang memilih England, Argentina, Portugal dan Brazil sebagai pasukan separuh akhir.

    Sementara itu, Awang Jalalidin bin Ahmad Shah memilih pasukan Samba, Brazil untuk menjulang trofi Piala Dunia yang berprestij itu.

    Beliau memilih England, Portugal, Brazil dan Argentina untuk bersaing merebut tempat separuh akhir dan telah menghantar 25 penyertaan.

    Sementara itu, Dayang Liyana binti Rosli memilih Brazil sebagai juara.

    “Saya memilih Portugal, Brazil, Sepanyol dan England sebagai empat pasukan separuh akhir. Piala Dunia tahun ini sangat menarik.

    “Saya juga menonton bola sepak kerana ia agak tegang dengan keputusan yang tidak dijangkakan terutamanya dalam perlawanan antara Argentina menentang Arab Saudi,” katanya.

    Dayang Liyana pilih Brazil…Para peminat bola sepak menghantar borang penyertaan peraduan teka pasukan separuh akhir Piala Dunia FIFA Qatar 2022 anjuran Borneo Bulletin dan Media Permata yang ditaja bersama oleh Setia Motors Sdn Bhd dan Bank Baiduri, ke premis Brunei Press di Beribi sebelum tamat waktu penghantaran pada jam 4:30 petang, kelmarin.
    Awang Abdul Malik memilih Argentina sebagai juara Piala Dunia tahun ini.
    Peminat bola sepak memasukkan borang penyertaan ke dalam kotak yang disediakan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...