Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Pertandingan unta khas untuk wanita Arab

    RUMAH, ARAB SAUDI – Kaum wanita Saudi, yang pertama di negara konservatif itu, telah memperagakan unta mereka dalam pertandingan cantik untuk ‘unta yang amat berharga di padang pasir.’

    “Hari ini saya berharap dapat mencapai kedudukan sosial tertentu,” kata Lamia al-Rashidi, 27, yang mengambil bahagian dalam pertandingan hujung minggu di padang pasir Rumah di timur laut ibu negara Riyadh.

    Acara itu, sebahagian daripada Festival Raja Abdelaziz, merupakan acara khas untuk lelaki sahaja sebelum ini.

    “Saya amat berminat dalam unta sejak saya masih kecil lagi,” kata Rashidi, di mana keluarganya memiliki 40 unta. “Sebaik sahaja acara ini dibuka kepada wanita, saya mengambil keputusan untuk mengambil bahagian,” kata wanita muda itu, memakai pelitup muka hitam dan selendang berwarna-warni di bahunya. Lima pemenang teratas dalam kumpulan yang terdiri daripada kira-kira 40 peserta dalam acara wanita itu akan membawa pulang ha-diah wang tunai berjumlah satu juta riyals (AS$260,000).

    Kecantikan unta dinilai berdasarkan beberapa kriteria, namun bentuk dan saiz bibir, leher dan ponok menjadi ciri-ciri utama penilaian. Pada Disember, beberapa peserta disingkirkan kerana haiwan mereka telah menjalani suntikan botoks. Dalam satu perarakan pada acara di padang pasir merah Rumah, kaum wanita berpakaian hitam menunggang kuda di depan lelaki dalam jubah putih ketika pemuzik lelaki, sesetengahnya dengan pedang, menari mengikut bunyi paluan gendang.

    Seorang wanita Saudi menghadiri edisi keenam Festival Unta Raja Abdulaziz di rantau Rumah, 161 km dari timur Riyadh. – AFP
    Penunggang unta dan penunggang kuda wanita mengambil bahagian dalam perarakan semasa edisi keenam Festival Unta Raja Abdulaziz di rantau Rumah, 161 km dari timur Riyadh. – AFP

    Negara Teluk itu mengamalkan undang-undang Islam yang ketat, tetapi sejak kebangkitan kuasa Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada 2017, beberapa sekatan yang dikenakan ke atas wanita telah dibatalkan ketika negara itu melonggarkan dasar dengan pembaharuan besar-besaran.

    Arab Saudi berusaha mempelbagaikan ekonominya daripada minyak, melabur dengan banyak dalam sektor pelancongan, hiburan dan sukan.

    Peralihan itu membolehkan wanita memandu dan mengambil bahagian dalam acara bersama lelaki, walaupun tindakan keras ke atas penentang masih berkuat kuasa. “Wanita sentiasa membentuk sebahagian besar masyarakat Badwi.

    Mereka memiliki dan menjaga unta,” kata Mohammed al-Harbi, pengurus festival. Penyertaan wanita adalah sejajar dengan ‘warisan sejarah’ Arab Saudi, beritahunya kepada AFP.

    Munira al-Mishkhas, seorang lagi peserta, mencelah: “Unta telah membentuk sebahagian daripada budaya kami untuk masa yang lama, tetapi mengadakan pertandingan untuk kami (wanita) adalah satu langkah besar.”

    Pada usia tujuh tahun, Malath binti Enad adalah peserta paling muda dan untanya memenangi hadiah ketiga. Bapanya, seorang peniaga unta berusia 35 tahun berkata dia memiliki lebih daripada 200 haiwan itu, berasa amat gembira dengan penyertaan wanita. “Ia akan menambah keghairahan untuk festival dan menambah nilai unta,” kata Enad bin Sultan, berpakaian dalam kostum tradisional dan kopiah berwarna merah dan putih. Festival selama 40 hari itu, yang dilancarkan pada bulan lalu, adalah acara Badwi tahunan yang menarik pembiak baka dari seluruh negara Teluk dan menawarkan hadiah wang tunai sehingga AS$66 juta. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...