Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pertandingan video pendek pupuk semangat kekeluargaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Video mengenai ‘Protokol kesihatan jika awda disahkan positif COVID-19’ yang disampaikan oleh Awang Muhammad Danish Ar-Rasyad bin Headillah berusia tiga tahun telah terpilih sebagai video terbaik sekaligus menjuarai Pertandingan Video Pendek mengenai Protokol Kesihatan anjuran Gorila.Bn.

    Awang Muhammad Danish Ar-Rasyad menewaskan lapan peserta lain setelah memperoleh 36 mata daripada 40 markah keseluruhan.

    Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Dayang Noorazirah binti Masri mana-kala itu, Awang Mohd Fakri Khairullah Ilham dan Dayang Qadejah Qasarah Zafirah binti Zulkifli menduduki tempat ketiga dan keempat masing-masing.

    Menurut penganjur, pertandingan berkenaan merupakan salah satu usaha memupuk silaturahim antara saudara mara dan keluarga, di mana mereka berpeluang untuk mengasah bakat anak-anak mereka dalam aktiviti lakonan di samping dapat menghibur dan mengisi masa terluang mereka.

    Video pendek Awang Muhammad Danish Ar-Rasyad muncul juara dalam pertandingan itu. – Gambar serahan Gorila.BN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...