LONDON, 7 FEB – Juara heavyweight Anthony Joshua hampir menyepakati persetujuan untuk bertanding di Stadium Tottenham Hotspur akhir tahun ini, kata pihak penganjur Eddie Hearn kelmarin.
Joshua yang berasal dari Britain mengalahkan Andy Ruiz Jr dalam pertarungan di Arab Saudi tahun lalu untuk mendapatkan gelaran WBA, IBF dan WBO.
Sekarang peninju berusia 30 tahun itu bersedia untuk menentang peninju dari Bulgaria Kubrat Pulev, pencabar terdekat IBF, pada bulan Jun ini di London di kelab Liga Perdana Tottenham.
Stadium dengan 62,000 kapasiti penonton, yang baru sahaja dibuka April lalu, dilaporkan lebih hebat daripada stadium seperti Twickenham dan Stadium Emirates Arsenal.
“Kami sangat rapat, saya mengadakan pertemuan dengan AJ malam tadi, kami mempunyai tawaran dari Timur, Timur Tengah, Afrika, Amerika, Turki,” kata Hearn.
“Ia memperlihatkan saya dengan jelas bahawa AJ mahu meraih kejayaan dan kemudian kembali pulang ke rumah. Dia mahu bertemu di London seterusnya pergi ke Madison Square Garden dan seterusnya ke Arab Saudi.
“Dia mahu bertarung di London pada bulan Jun, kami sudah hampir membuat keputusan seperti itu, Spurs adalah pilihan utama dan itulah yang dia minta saya lakukan, kami akan memberikan kepadanya.”
Joshua berjaya dalam aksi terakhir di London pada September 2018 ketika menewaskan Alexander Povetkin di Stadium Wembley. – AFP





























